etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Showing posts with label Coretan Jalanan NASHA ALLYSHA. Show all posts
Showing posts with label Coretan Jalanan NASHA ALLYSHA. Show all posts

Sunday 11 March 2012

Nasha allysha Dan NAsi Kukus...

 Assalamualaikum peeps...

Hari ni merupakan sejarah ye apabila NASHA ALLYSHA bangun sedikit awal daripada kebiasaannya. Nak tau kenapa? Biasalah.. masalah normal.. *Kelaparan* so dah tak mampu nak tidur, baik bangun, mandi dan start searching for food. Hew hew <--ketawa tak bermaya sebab terlampau lapar.

So tajuk entry kali ni, Nasha allysha dan Nasi Kukus. Pada mereka yang tidak mengenali NASHA ALLYSHA dengan rapat, beliau ni mempunyai perangai pelik-pelik<--cakap dengan intonasi berbisik-bisik. Dia ni suka makan satu menu je setiap minggu tu. Contohnya kalau minggu ni nasi kukus, maka sepanjang minggu ni carilah beliau di gerai nasi kukus. Tak kemana dah tu. *Masalahnya dah berminggu minggu dia makan nasi kukus.* 


NASHA ALLYSHA ni sebenarnya fobia untuk mencuba makanan lain. Takut tak sedap katanya. Bila tak sedap maka berlakulah satu kerugian besar apabila dia tidak berjaya menghabiskan makanannya itu. Tambahan pula waktu kemelesetan ekonomi macam ni. Memang tak la dia nak membazirkan.

Maka nasi kukus telah menjadi menu tetap NASHA ALLYSHA sepanjang dua minggu ini. Begitu juga dua sahabat biliknya. Sampai muka pun dah nak transform jadi nasi kukus. Begitu tragiknya masalah yang melanda beliau.

Sampai di sini saja lah entry yang melalut kali ini, jumpa lagi di entry akan datang...thanks for reading this entry.. Assalamualaikum

Saturday 10 March 2012

Bila kanak-kanak berbicara tetang kahwin..


Assalamualaikum peeps..

Nampak tak tajuk entry yang kontroversi kat atas ni..hahahaha ^_____^. Idea menaip entry ini muncul setelah melihat lambakan kanak-kanak yang update status jiwang-jiwang kat FB. Secara keseluruhannya, memang dunia dah semakin pelik dari semasa ke semasa. Fenomena kahwin awal dah semakin menjadi semenjak dua menjak ni. Memanglah tak salah kita kahwin awal, tapi perasan tak zaman kita dah berbalik kepada zaman dulu-dulu kala. Zaman nenek moyang kita dulu. Hahaha<--- Gelak sopan.

Berbalik kepada entry di atas, aku kadang-kadang jadi pelik, kenapa fenomena ni semakin famous dikalangan masyarakat dunia. Tengok je la drama kat tv tu, semua buat cerita 'spesen' je. Macam dah jadi trend dah sekarang ni. Bukan drama melayu je, drama korea pun. Aigooo. Sebenarnya aku baru je abis marathon cerita Princess Hour. Cerita tu dah lama dah pun tapi aku baru sempat tengok. Biasalah lambat sikit dari orang lain..

Bagi yang tak tengok lagi,
aku kasi poster dia je la untuk korang tengok ye.

Tapi, dalam cerita ni, that girl nama dia aku tak ingat dapat kahwin dengan putera mahkota kerajaan Korea, kononnya. Itu pun sebab datuk dia kawan baik dengan maharaja korea. So, tak de lah nak risau sangat kan. Kahwin dengan anak raja. Kalau aku pun aku nak.=..=" <--- mood miang dah sampai dah.

Apa yang aku nak highlight kan sekarang ni, pasal kanak-kanak yang cakap pasal hal kahwin-kahwin ni. Padahal orang yang sepatutnya kahwin tu, tak de pun pulun update status pasal tunang ke, kahwin ke. Sekolah lagi kot. Aku dan kawan-kawan pun pernah melalui zaman-zaman macam tu. Zaman 'cinta beruk' buat kata orang. Tapi tak de lah sampai update status kat Myspace or Friendster masa dulu tak de facebook pasal kahwin ke, buat ayat pasrah pasal Cinta ke. Tak la kot. Tapi budak zaman sekarang ni, advance.. Zaman kita dulu, memang tak la nak bagi tahu family ke apa ke. Tapi sekarang ni bagus, 'mak ayah merestui hubungan kalian'. Siap jemput datang rumah. Fuhh<---lap peluh di dahi.

Aku nak share la satu keratan akhbar ni.


Korang tahu nikah gantung tu apa? Aku pun tak berapa nak tahu sangat. Apa yang aku tahu nikah gantung ni sesuai untuk golongan macam kita-kita ni.(student). Bagus untuk mengelakkan maksiat, buang bayi etc. Tapi dari aspek lain pulak, pada personal view aku, macam tak bagus je. Bukan apa, bagi aku, kahwin ni bukan simple, tapi complex. Banyak aspek yang kena ambik peduli. Bukan senang nak bina masjid kan. Nak kena ada duit, pegang pada tanggungjawab. Yang lelaki tu, Boleh ke jadi imam pada isteri? Yang perempuan pulak, dah sedia ke nak taat pada suami. Semuanya perlukan masa untuk kita belajar semua tu. Barulah rekod penceraian tak sama dengan rekod orang yang bernikah. Kann!!!

Aku bukan tak ada kawan yang dah kahwin, ramai je. Apa yang boleh aku katakan, itu semua jodoh. Siapalah kita ni nak menidakkan kuasa tuhan kann. Ehh kejap!! Semua kawan aku yang dah kahwin tu dah cukup umur ok. Aku sekarang tengah bercakap tentang budak yang tak cukup umur tapi terlebih matang. =..="

Sebagai seorang yang sudah layak mengundi (2*) aku ingin berpesan kepada adik-adik yang berada di luar tu,(mood : penceramah bebas) baik korang pulun study betul-betul then capai apa yang korang nak dalam kehidupan ni. Bahagiakan mak ayah korang itu yang paling utama. Buat kata mak aku, "Masa untuk bercinta tu akan tiba suatu masa nanti." Tak yah nak keja sangat sebab kita akan rasa jugak nanti. Aku admit lah, korang mungkin boleh bahagikan masa antara couple and study kann. Orang hebat la kata kan. So depend pada diri masing-masing la ye.

Kalau diizinkan Allah, life kita masih panjang lagi. Banyak lagi perkara kat dunia ni yang kita nak buat. Contohnya, pergi holiday ke merata-rata tempat dengan mak ayah ke."Ala, mak bapak i orang kaya setiap tahun pergi holiday." Dah agak dah, mesti ada yang menjawab punya. Maksud aku, pakai duit korang sendiri, bukan duit mak bapak korang. Arasso??? Selain itu, buat kerja gila yang orang bujang je boleh buat  macam aku dan kawan-kawan selalu buat. Contohnya keluar pergi Mall lepas subuh 7.00 pagi(mall pun tak bukak lagi) sampai pukul 10.00malam (mall dah nak tutup). Pergi berpeleseran dekat Dataran Sate Kajang ke. Kann banyak tu. Nanti kalau dah kahwin susah kan. Nak kena mintak izin bagai. Tambah-tambah bila dah ada anak. Kalau bujang tu mintak izin parent je. Kalau suami sat lagi jeles la apa la. Silap-silap dia ikut sekali.=..=" sebok je!! Tapi macam yang aku mention kat atas la,jodoh tu kita pun tak tau. So selagi masih bujang, manfaatkan la sebaiknya.

Hanya orng bujang je boleh snap picture
 berlatar belakang kan peti ais. pakai timer bagai. 


Susah rasanya kalau dah kawin and nak snap
pic dengan patung kat mall macam ni.

Dan yang paling penting, susah nak tengok movie
sama-sama nanti bila dah kawin.(#pic lupe nak rotate)

Ok lah, aku ak pergi berpeleseran dengan kawan-kawan aku maklumlah masih bujang nak marathon tengok movie. Adnan Sempit dua. Esok dah kahwin tak boleh gelak kuat-kuat dah. Kena sopan-sopan. Thanks for reading this entry. Assalamualaikum.
Renung-renungkan dan selamat beramal.





Damn!!!! Kelas cancel...............(:

Assalamualaikum peeps.....

Macam mana hari ni? Sihat tak? Sihat la tu kalau dah boleh baca blog orang kann... Kalau sakit tu pandai-pandai la pergi klinik ye, mana tahu boleh dapat MC ke... kann.. Korang memang suka kan perkataan MC tu.^_^. Tapi serius aku cakap sepanjang aku study ni aku jarang dapat MC. sebab pergi klinik pun jarang. Dah sakit pun jarang macam mana nak pergi klinik. Aku ingat lagi ada one time tu aku kena sengat tebuan, dari mana ntah sesatnya makhluk tu, aku pun tak tahu. Tapi yang pastinya badan dia terkena kipas and bahagian punggung dia yang ada bisa tu terpelanting kat meja study aku (time tu aku tengah study). Aku pun apa lagi, lanyak la dengan lengan aku (tanpa sengaja). Dan hasilnya, tangan aku jadi kebas dan start membengkak. Sakit dia, sampai aku tak tidur malam kot. Boleh bayang tak macam mana sakitnya kena sengat. =..=". Maka esoknya aku pun pergi la ke klinik. Dah la tunggu lama, masuk-masuk dia kata tak boleh bagi injection sebab tak sure binatang apa yang sengat aku tu. Aku dalam hati sabar je. Tangan aku ni dah rasa nak meletup kot. Pastu tak bagi MC lagi, bagi ubat sapu je. What the................ Lepas je peristiwa tu, aku dah tak berminat lagi nak pergi klinik. Baik makan panadol je.

So, berbalik pada tajuk entry kat atas tu. Yang atas tu mukadimah je..ngee(: Perkataan kat depan tu macam bagus je kan. Macam tak suka je kelas cancel. Macam poyo je kan. Namun itu lah expresi yang harus di beri apabila your lecturer cakap "Ok class, there will be no class next Monday because i have to attend some seminar at Melaka." contohnya. Bila selesai je lecturer cakap macam tu, seisi kelas pun apa lagi, buat-buat lah muka monyok macam tak makan seminggu dan serentak berkata " Alaaaaaa!!!!" Tapi semua tu kepura-puraan belaka. Dalam hati masing-masing dh menjerit dah..."Yeahhhh!!!" or "Yahoooo!!! or " Yabedabedu!!!!!!" Mana aku tahu?? Laa aku tahu laa.. aku pun buat.

Nak di jadikan cerita, kelas aku jarang sangt cancel. Dalam satu sem tu ada beberapa kali je. Tapi.......... Sepanjang minggu ni 2 kelas aku cancel. Oh myyyy.... Seronok tak terkira. Dah la yang cancel tu kelas bermasa kritikal. Aku harap korang faham bahasa aku ye.


Kelas pertama : Kelas koko ,masa : 12.00 tgh hari, Hari : SABTU. (hari ni)
Kelas kedua : Kelas Biomolekul, Masa : 8.00 PAGI, Hari : ISNIN

Kritikal kan masa-masa diatas, tapi.. jangan terlampau seronok ye NASHA ALLYSHA, setiap kelas yang cancel akan ada replacement class. Ehh.. tu pikir lain kali la..yang penting kelas aku cancel. Kau jeless le tu. Kann!!

So sampai di sini saja entry kali ni. Actually aku nak show off je pada mereka yang ada kelas hee.. Thanks for reading this entry.. Adios.. Assalamualaikum.

Friday 9 March 2012

Mee Udang Pakcik Salleh TERBAIK!!!!

Assalamualaikum readers~

Idea untuk entry kali ni muncul di saat perut aku berbunyi-bunyi macam pancaragam sekolah sebab kelaparan yang teramat sangat. =..=". Biasalah bila dah lapar tu mula lah teringat makanan yang sedap-seap je. Aigoo!!!

So aku dengan tak sengajanya telah terbayangkan Mee Udang Salleh Stall kat Port Weld. Adoii sedap tak terkata kott!! For your information, masa cuti raya cina last month (tak silap aku), our Chik telah membawa aku dan one of my cousin Zawil jalan-jalan ke Taiping. Actually bukan jalan sangat pun, Chik ada urusan kat Taiping then he offer us to follow him. Maka dengan senang hatinya kitorang ikot je la. Kebetulan pulak time tu ada kenduri kecil kat rumah opah, so this is our opportunity untuk skip daripada buat kerja-kerja rumah contohnya basuh pinggan, lap pinggan etc. Asyik kitorang je kena tinggal so kali ni biya kitorang plak ikot..hahahahaha<---Gelak jahat!

Alamak gambar tak sempat nak rotate la pulak..
 Pakai baju kurung kot...Auww



Memang Chik ada kata dia nak bawak kitorang makan mee udang kat Kuala Sepetang atau nama 'glamour'nya Port Weld. Tempat ni memang famous la dengan mee udang. Tak silap aku ada masuk Majalah 3 or Jalan-Jalan Cari Makan. Tapi Chik kata, restoran yang masuk TV tu tak sedap sangat. Ada satu lagi stall yang sedap. Kira THE BEST la. Bukan aku yang cakap, Chik yang cakap. (:

So selepas selesai urusan Chik kitorang pun pergilah ke stall yang dimaksudkan tadi. Mee Udang Salleh Stall.

Stall dia tak la secantik Restoran yang masuk TV tu,
tapi mee udang dia perghh!!! Mengancam kot.
Sampai kat sana, kitorang pun order Mee Udang 3, dengan air minuman. Kat stall dia ni memang orang makan mee udang je kot, walaupun ada jugak la menu lain.

Zawil. Can't wait for her meal.Hee(:

Bila mee udang tu sampai je, kitorang macam terkejut jugak la, maklumlah tak pernah makan kan. Tak expect plak Udang dia banyak gila. Siap ada udang galah yang ada sepit biru tu. Perghh mengancam abis kot!!

#qualiti gambar kurang memuaskan due to Camera fon yang......#$%@#

Macam tak nampak je udang sepit biru tu.

Lepas dapat makanan, semua orang senyap sepi. Tak mampu nak bercakap dah, maklum lahh sedap sangat. Buat kata Qi dalam Jalan-Jalan Cari Makan, "ada rasa manis-manis siket, masam-masam siket, perfect lah!!"
Akhirnya tinggallah sisa kulit udang setalah mee dan isi udang sudah selamat berada dalam perut.(:

Kami turut diberikan pinggan extra buat bekas kulit udang(:

Rasanya kalau kulit udang tu boleh makan, tak ada sisa la kot..
abis licin pinggan tu..hahaha

So kepada meraka yang berdekatan, boleh lah pergi ke Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni and try. Comfirm korang suka punya. Sampai disini saja entry kali ni, Thanks for reading this entry. Assalamualaikum.




Wednesday 7 March 2012

Meal Plan VS Baucer Buku

Assalamualaikum w.b.t peeps (:

Korang sihat kan...Hee..Entry hari ni bertajuk..Meal Plan VS Baucer Buku...Aku rasa ramai student kat luar tahu apa itu baucer buku tapi tak tahu Meal Plan tu benda apa. Baiklah, menurut Google Translate, meal plan membawa maksud Pelan Makanan ataupun rancangan makan. Bukan rancangan makanan tambahan yang kat sekolah-sekolah rendah tu tau. Actually setiap pelajar tahun pertama diwajibkan membayar RM*25 kepada pihak universiti dan kami akan mendapat satu kad sama seperti kad kredit. Kad ini boleh digunakan di semua kafe yang berdaftar. In simple form, dengan adanya kad ini, pelajar tidak lagi perlu bersusah payah membawa dompet atau duit yang sememangnya tengah kering tu ke kafe. Hanya dengan menggunakan kad Meal Plan,kita sudah dapat menikmati kenikmatan nasi kukus di kafe.

Oleh kerana loan lambat lagi masuk, maka semua pelajar bertungkus lumus pergi ke pejabat U** holding untuk menopup Meal Plan masing-masing. Begitu juga aku dan kawan-kawan yang sekapal dengan aku. Kami telah pergi ke sana dengan menaiki bas atas ehsan pakcik bas yang tersangatlah baik. Itulah dinamakan rezeki ye kawan-kawan. Orang lain berpeluh-peluh jalan kaki sebab Pakcik Bas lain harta sampai pintu masuk je, sedangkan kami, Pakcik Bas hantar sampai ke dalam youu!! Inilah dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu..kann..(:

Rombongan Cik Kiah mengambil Meal Plan..

Sesudah menopup Meal Plan, semua wajah dengan sekelip matanya berubah menjadi ceria. Tiada lagi kedukaan dan kegusaran yang bermain di hati. Kad Meal Plan yang menjadi penyambung hayat disimpan di tempat yang paling selamat..

Tempat menyimpan meal plan terpaksa di'blur'kan untuk
mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Lihat wajah mereka sesudah menopup Meal Plan. Semuanya senyum nampak gigi...

Semuanya kelihatan gembira tidak terkata.
Itu baru cerita pasal Meal Plan, bukak pulak cerita tentang baucer buku. Mungkin ada dikalangan korang yang sudah dapat menghabiskan baucer buku masing-masing. Namun tidak bagi aku.): Disebabkan aku mengambil lambat ye baucer buku tu,maka aku masih ada dua keping lagi baucer buku yang belum digunakan. Pening kepala aku memikirkan barang apa yang aku nak beli dengan baucer buku yang berbaki 2 keping tu. Nak tau lagi 2 keping tu aku beli apa???

Maaflah sebab pic not so clear...
Nampak siket kan tapi 2 keping baucer kot...


Ye...Aku juga telah membeli payung Angry Bird berwarna kuning...
Abaikan mereka..tengok payung sudah...hee^_^
Semua barang-barang diatas dibeli dengan menggunakan Baucer Buku...Kira-kira dua keping Baucer Buku telah digunakan.Banyak macam tu pun still tak rasa apa-apa sebab pakai baucer bukan pakai duit...hee(:

Baucer Buku yang telah digunakan sebelum bertukar
tangan daripada tangan aku ke tangan pakcik kedai....

Sampai disini saja entry kali ini...Thanx for reading this entry...Assalamualaikum.

Friday 2 March 2012

-i'm back-

assalamualaikum u'alls
  hye there.... lama gak rasenye tak meng'update blog ni... ditinggalkan sepi je kot.. bukan tak mau update entry baru... tapi da takde bende nk di'sharekan ye tak... abis tu nak tulis ape je pun...=..="*blank je. ape2 pun sem baru da pon bermula. maka bermula kisah hidup aku yang sering berserabut. last entry tak silap mase 31.12 kot... adoiyai.. ni da masuk bulan 3. macam mane nak ade follower ramai kalau update blog pon malas...*sigh
ok jom merapu lebih jauh lagi.... sepanjang aku tak update entry ni banyak blog orang yang aku bace. antaranya.. 'Blog Usang Lagi Bersawang',...dan...banyak lagi....(tak ingat la pulak nama blog tu:D). Macam-macam cerita yang aku baca. Ada yang story pasal vacation dia ke seluruh dunia...untunglaaaaa.. Ada yang cite pasal life die.... semuanya interesting. So aku pun mendapat ilham... macam mana aku boleh ada idea nak update entry baru..... I decide to story all about my study life. Ok bunyi macam tak interesting... tapi aku akan cube sedaye upaye untuk make it MORE interesting.. Maybe student outside there akan lebih berminat untuk ambik course ni jadi pilihan pertama bila isi borang upu nanti..macam aku. or pada yang da sememangnya ade degree... mungkin anda boleh mengambil second degree ke.. kannn!!!
Ape-ape pon course yang aku ambik ni mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang yang tidak suke mengadap microscope atau takotkan kuman...padahal kuman tu merata-rata ade=..=". tapi sebenarnya ia sangat menarik untuk di'explore.mungkin yaa seperti yang anda tahu la kan... sains ni kene banyak membaca..buku-buku plak almost yang tebal-tebal je..takde yang nipis-nipis ni..harga? dah sure-sure la...mahal. bagi peminjam loan macam aku ni terasa la mahalnya. tapi buat sesetengah orang tu... yang bawak LANCER pegi kampus..nasi goreng dia makan pagi-pagi tu lagi mahal la kot.
So takde ape yang nak dirisaukan. bagi aku yang mengambil dengan rela hati ni, aku rase same je.. tak de beze pun dengan course lain... semuanya kene baca jugak. kan...
Di negara luar, MIKROBIOLOGI ni dah tak asing dah cuma negara kita je baru nak membangun. aku ada juga baca beberapa artikel pasal bidang penyelidikan ni..interesting kot sebab banyak bende lagi kat dunia ni yang kita tak tahu kan. ada banyak lagi mikrobes atau bacteria yang tak de name. korang taknak ke kalau name salah satu bacteria tu dinama kan dengan nama korang... macam pengasas Yakult tu.. DR. SHIROTA.. strain yang ditemui oleh beliau tu dinamakan strain Shirota.... kan shok tu...haa yakult tu bacteria ke?
Ok nampaknya masih tak bagus ye.Tarik nafas.....lepas......tarik.....lepas Ok korang selalu kan dengar or tengok kat tv pasal iklan sabun. Dettol la..Protex la.. LIfe buoy la... eh banyak la... semuanya nak bunuh kuman. KUMAN....Korang tak teringin ke nak tahu pasal kuman-kuman tu?tak teringin pun.. ok kalau kuman tak teringin....kita pergi ke aspek laen plak..banyak lagi aspek lain sebenarnya mikrobiology ni bukan terhad pada bacteria je... banyak lagi...^_^
Papehal pun aku berbesar hati nak share ilmu pada korang semua.. in next entry insyaAllah aku akan selitkan sekali pengalaman menarik aku tentang study aku dan life aku memandangkan aku sangat suka memerhatikan orang...thanx bace entry ni....kamsahamnida assalamualaikum/

Saturday 31 December 2011

muncul kembali........

assalamualaikum...
lame gile x update entry baru..
ade beberapa masalah yang x terjangka telah belaku..
pape pon...
insyaAllah da bole settle kot...
btw
so far..
life smakin rumit nampak nya...
dengan pelbagai story morry yang tak tau macam mane nak cerite da....
telampau banyak sangat..
sampai senget kepale neh..hahaha..
lagi bape jam...
tirai 2012 akan tebuke pelan2..(ayat sastera da ni)
maka bermule la fasa baru dalam kehidupan....
umur bertambah...
2* + 1 = 2*
berat pon betambah...
inci je tak betambah....
=_="
so...
ckap tentang taun baru....
aku ade beberapa cadangan la kan...
khas untuk korang...
PERTAMA:
pada mereka yang kesedihan di taun ini...
cailah kebahagiaan di tahun depan...
KEDUA:
pada mereka yang mendapat kegagalan pada taun ini...
capaila kejayaan di tahun hadapan..
KETIGA:
sape rase tahun ni die 'gemok'..cakap pade diri sendiri
bawak2 la kurangkan makan tu....amalkan makanan seimbang....
dan yang LAST skali..
sesape yang rse taun ni kurang amal yang die buat....
maka pertingkatkanla amalan anda...berpesan pada diri sendiri jugak
so...
semoga tahun depan memberi keceriaan  pada diri korang semua....
thanx for reading diz entry...
assalamualaikum

Tuesday 8 November 2011

picture entry!!!

assalamualaikum guys...
ok seperti yang aku janjikan..
entry kali ni aku akan upload pic untuk entry2 lepas...
tak banyak pon..
but ok la kan dari takde>.<

entry 31 oktober 2011




see..
mane la tak kenyang..
sampai pening2 kepale neh..
:D

entry 3 november 2011



de'all bukan type kawan yang aku cakap tu...
ade  la sorang kawan aku yang laen
okla..
lastly aku dedicate diz song pade mereke yg bace entry neh...

sampai sini je entry ni...
tq for reading:D
assalamualaikum:D

Monday 7 November 2011

the 'leteh' day

assalamualaikum..

hye guys...
hari ni hari yang sangat leteh bagi aku..
biase la..
first time naek bas la katekan..
bukan  bermakne tak penah naek langsung..
penah je..
mase kat matrik dulu..
but..takdela penat macam ni...
so..
harini aku nak share pasal hari raye korban yang baru lepas dua hari lepas..
baru kejab tadi aku bace entry membe aku ( farah liyana : http://i-loveyoubeby.blogspot.com/ )
die dok cite pasal sambutan aidiladha kat egypt...(eh betul ke ejaan die macam tu??)
die kate egyption ni xpulun pon nak pakai baju raye ke..
ape ke...
yang penting clebrate tetap celebrate...
aku sokong kot...
mostly people kat Msia ni.
bukan nak kate la..
tapi pakaian(baju raye..seluar raye...etc)
mesti kene ade...
PENTING!!
(temasuk la aku)
bile muhasabah diri balik..
actually semue tu tak penting..
ape yang penting..
the way kite sambut hari raye tu..
pengerian hari tu sendiri..
kisah die...
itu yang penting..
kan?
baru la kite rase raye tu beerti..
eg: raye korban baru2 ni..
aku ade la terdengar dalam cite pe ntah..
die kate..
bile kite korban kan haiwan,
yang paling penting..
kite korbankan sekali sifat haiwan tu sendiri...
related kan dengan dirri kite...
contohnye lembu kan degel..
maka..
buang la sifat degel yang ade dalam diri kite...
aku pon tak berape pandai nak cite pasal bende2 ni..
tapi kite ade mate, telinge...
so..
gunekan la...
selagi ade ilmu yang bole dipelajari..
insyaAllah kite takkan rugi...
thats all for his entry..
thanx for reading:)
assalamualaikum...

Thursday 3 November 2011

short post only

Salam guys...lame tak update entry baru...
Actually aku agak bz kot...(kot??)
Post kali ni still xde pic memandangkan x bole nak upload...
Ok...
Today ak nak cakap pasal KAWAN...
Susah kan nak explain bile kite ade kawan yang suke penting kan diri sendiri+ die tak prasan yang die pentingkan diri sendiri..
Huh susah nye nak paham orang macam ni..
Tak taw nak cakap macam mane.
Sumtime macam menyakitkan hati pon ye...
Tapi die still bole hu...ha....hu...ha...
Tanpe rase besalah...
Huh..
Ade sorang sahabat aku cakap...
Bagi taw die tentang kesilapan die..
Tapi x rase susah ke....
Nak bagi tau die yang die tu pentingkan diri...
Suke wat orang sakit hati...
Ok pk2 kan la...
Thats all..
Tq for reading this entry.
Assalamualaikum

Monday 31 October 2011

lalalalala

Salam guys....Seriuslly mintak maaf.. Sebab no entry after 2 days ago.. Now aku kat kampus and aku tak bawak lappy..so blur mencari jalan untuk mengupdate blog..namun tibe2 kuar idea mengupdate blog menggunekan fon(bajet fon canggih). Try an error....yeay da ade due follower nampaknye..haha(pada hal orang laen da beribu)..aku semakin excited mengupdate belog...btw sorry sebab entry kali ni tak ade pic la pulak..nak wat camne...da tak bole...tak kan nak pakse plak...hehe...tibe2 ade interuption..membe aku kol tanye nak pizza ke tak(pizza hut) sebab dorang call domino tak dapat...hehe...line busy.plak di saat nak melaburkan wang...bukan rezeki domino nampaknye....haha...eh sampai sini je entry kali ni....nak pegi makan pizza...nanti aku sumbat pic kat entry akan datang..tq for reading this entry:) assalamualaikum

Thursday 27 October 2011

entry pertama

Assalamualaikum wbt..
Cayalah, sekarang aku da ade belog dowh..
haha hahaha
macam x percaye pulak..
(over excited plak)
sebelom ni bukan tak pernah ade..
ade je..
tapi yela belog budak tak matang kan..
banyak merepek je la..
nak bce pon tak de mood..
:)
macam mane bole tepikir nak tulis belog?
haa...
ni yang nak cerite ni...
member aku..
semue..
ade belog...
(kepade member yang takde tu..jangan nak drop2 aku plak)
oleh itu..
aku pon macam tak shok la bile orang tanye..
"eh ko ade belog tak? follow la aku.."
"eh ko tak de belog ke.."
macam la belog tu penting sangat...
tu reason first kenape aku mesti buat belog...
kedue..
adela sorang member aku(bukan sorang..ramai member aku..)
suke sangat ajak aku usha belog orang laen..
perghh hack abes-abesan..
shok plak..
aku pon mule la brangan..
alangkah bagosnye kalau aku pon ade belog..
pastu ade beribu follower...
ala macam HANIS ZALIKHA tu..
blogger feveret kawan aku tu...
hahaahahahaha..
ketige...
tak semue bende kite bole share ngan orang..
contohnye...
bile kite tak suke orang tu..
pastu kite tak taw nak cakap kat sape..
maka kite bole jadikan belog sebagai medium melepaskan geram...
:)
tapi insyaAllah aku x pernah la benggang ngan orang sampai tahap macam tu..
setakat bebel tu ade la...
(kawan aku panggil aku mak cik..)
:D
aku tak harap pon..
ramai orang follow belog aku...
sebab bende ni aku buat suke2 je..
bagos jugak..
maybe bole share2 info ke..
(masalah aku tak nak...:P)
kat bawah ni ade beberape picture feveret aku...
saje nak share...


abaikan manusia yang belakang tu..A&W tu yang aku nak highlight..
so temting....

punye la impress ngan wajah baru puduraya.
toilet pon da lawa skarang.
surau die..
perghh..
kalau tido tak bangon da..
=)



ni pic member aku disaat lagi brape minit nak exam...
(eh yeke..ntah x sure)
haahaahaha..
ni la yang orang slalu kate tu..
tak senang duduk da...
hahhahahahaha..

so itu je la...
unuk entry kali ni...
hopefully akan datang..
banyakla ilham aku nak tulis belog ni...
kepade mereka yang bace..
(ade ke yang bace..??)
kamsahamnida...
:)
adios...
asslamualaikum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...