etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Saturday, 10 March 2012

Bila kanak-kanak berbicara tetang kahwin..


Assalamualaikum peeps..

Nampak tak tajuk entry yang kontroversi kat atas ni..hahahaha ^_____^. Idea menaip entry ini muncul setelah melihat lambakan kanak-kanak yang update status jiwang-jiwang kat FB. Secara keseluruhannya, memang dunia dah semakin pelik dari semasa ke semasa. Fenomena kahwin awal dah semakin menjadi semenjak dua menjak ni. Memanglah tak salah kita kahwin awal, tapi perasan tak zaman kita dah berbalik kepada zaman dulu-dulu kala. Zaman nenek moyang kita dulu. Hahaha<--- Gelak sopan.

Berbalik kepada entry di atas, aku kadang-kadang jadi pelik, kenapa fenomena ni semakin famous dikalangan masyarakat dunia. Tengok je la drama kat tv tu, semua buat cerita 'spesen' je. Macam dah jadi trend dah sekarang ni. Bukan drama melayu je, drama korea pun. Aigooo. Sebenarnya aku baru je abis marathon cerita Princess Hour. Cerita tu dah lama dah pun tapi aku baru sempat tengok. Biasalah lambat sikit dari orang lain..

Bagi yang tak tengok lagi,
aku kasi poster dia je la untuk korang tengok ye.

Tapi, dalam cerita ni, that girl nama dia aku tak ingat dapat kahwin dengan putera mahkota kerajaan Korea, kononnya. Itu pun sebab datuk dia kawan baik dengan maharaja korea. So, tak de lah nak risau sangat kan. Kahwin dengan anak raja. Kalau aku pun aku nak.=..=" <--- mood miang dah sampai dah.

Apa yang aku nak highlight kan sekarang ni, pasal kanak-kanak yang cakap pasal hal kahwin-kahwin ni. Padahal orang yang sepatutnya kahwin tu, tak de pun pulun update status pasal tunang ke, kahwin ke. Sekolah lagi kot. Aku dan kawan-kawan pun pernah melalui zaman-zaman macam tu. Zaman 'cinta beruk' buat kata orang. Tapi tak de lah sampai update status kat Myspace or Friendster masa dulu tak de facebook pasal kahwin ke, buat ayat pasrah pasal Cinta ke. Tak la kot. Tapi budak zaman sekarang ni, advance.. Zaman kita dulu, memang tak la nak bagi tahu family ke apa ke. Tapi sekarang ni bagus, 'mak ayah merestui hubungan kalian'. Siap jemput datang rumah. Fuhh<---lap peluh di dahi.

Aku nak share la satu keratan akhbar ni.


Korang tahu nikah gantung tu apa? Aku pun tak berapa nak tahu sangat. Apa yang aku tahu nikah gantung ni sesuai untuk golongan macam kita-kita ni.(student). Bagus untuk mengelakkan maksiat, buang bayi etc. Tapi dari aspek lain pulak, pada personal view aku, macam tak bagus je. Bukan apa, bagi aku, kahwin ni bukan simple, tapi complex. Banyak aspek yang kena ambik peduli. Bukan senang nak bina masjid kan. Nak kena ada duit, pegang pada tanggungjawab. Yang lelaki tu, Boleh ke jadi imam pada isteri? Yang perempuan pulak, dah sedia ke nak taat pada suami. Semuanya perlukan masa untuk kita belajar semua tu. Barulah rekod penceraian tak sama dengan rekod orang yang bernikah. Kann!!!

Aku bukan tak ada kawan yang dah kahwin, ramai je. Apa yang boleh aku katakan, itu semua jodoh. Siapalah kita ni nak menidakkan kuasa tuhan kann. Ehh kejap!! Semua kawan aku yang dah kahwin tu dah cukup umur ok. Aku sekarang tengah bercakap tentang budak yang tak cukup umur tapi terlebih matang. =..="

Sebagai seorang yang sudah layak mengundi (2*) aku ingin berpesan kepada adik-adik yang berada di luar tu,(mood : penceramah bebas) baik korang pulun study betul-betul then capai apa yang korang nak dalam kehidupan ni. Bahagiakan mak ayah korang itu yang paling utama. Buat kata mak aku, "Masa untuk bercinta tu akan tiba suatu masa nanti." Tak yah nak keja sangat sebab kita akan rasa jugak nanti. Aku admit lah, korang mungkin boleh bahagikan masa antara couple and study kann. Orang hebat la kata kan. So depend pada diri masing-masing la ye.

Kalau diizinkan Allah, life kita masih panjang lagi. Banyak lagi perkara kat dunia ni yang kita nak buat. Contohnya, pergi holiday ke merata-rata tempat dengan mak ayah ke."Ala, mak bapak i orang kaya setiap tahun pergi holiday." Dah agak dah, mesti ada yang menjawab punya. Maksud aku, pakai duit korang sendiri, bukan duit mak bapak korang. Arasso??? Selain itu, buat kerja gila yang orang bujang je boleh buat  macam aku dan kawan-kawan selalu buat. Contohnya keluar pergi Mall lepas subuh 7.00 pagi(mall pun tak bukak lagi) sampai pukul 10.00malam (mall dah nak tutup). Pergi berpeleseran dekat Dataran Sate Kajang ke. Kann banyak tu. Nanti kalau dah kahwin susah kan. Nak kena mintak izin bagai. Tambah-tambah bila dah ada anak. Kalau bujang tu mintak izin parent je. Kalau suami sat lagi jeles la apa la. Silap-silap dia ikut sekali.=..=" sebok je!! Tapi macam yang aku mention kat atas la,jodoh tu kita pun tak tau. So selagi masih bujang, manfaatkan la sebaiknya.

Hanya orng bujang je boleh snap picture
 berlatar belakang kan peti ais. pakai timer bagai. 


Susah rasanya kalau dah kawin and nak snap
pic dengan patung kat mall macam ni.

Dan yang paling penting, susah nak tengok movie
sama-sama nanti bila dah kawin.(#pic lupe nak rotate)

Ok lah, aku ak pergi berpeleseran dengan kawan-kawan aku maklumlah masih bujang nak marathon tengok movie. Adnan Sempit dua. Esok dah kahwin tak boleh gelak kuat-kuat dah. Kena sopan-sopan. Thanks for reading this entry. Assalamualaikum.
Renung-renungkan dan selamat beramal.





4 comments:

  1. like like like like like n thousand of likes!!!! <3,<3 v

    ReplyDelete
  2. nak jiwang2 kat fb ape slhnye .. but , tak berape nak sopan kalau permpuan yg update jiwang2 .. perempuan kan dah lali dengn ksopanan .. nikah gntung ke nikah tak gntung ke , tggungjwab lah kena pkir dulu .. huhu .. berat sungguh .

    ReplyDelete
  3. HAaha lain orang lain pendapat nya...kan

    ReplyDelete

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...