Idea untuk entry kali ni muncul di saat perut aku berbunyi-bunyi macam pancaragam sekolah sebab kelaparan yang teramat sangat. =..=". Biasalah bila dah lapar tu mula lah teringat makanan yang sedap-seap je. Aigoo!!!
So aku dengan tak sengajanya telah terbayangkan Mee Udang Salleh Stall kat Port Weld. Adoii sedap tak terkata kott!! For your information, masa cuti raya cina last month (tak silap aku), our Chik telah membawa aku dan one of my cousin Zawil jalan-jalan ke Taiping. Actually bukan jalan sangat pun, Chik ada urusan kat Taiping then he offer us to follow him. Maka dengan senang hatinya kitorang ikot je la. Kebetulan pulak time tu ada kenduri kecil kat rumah opah, so this is our opportunity untuk skip daripada buat kerja-kerja rumah contohnya basuh pinggan, lap pinggan etc. Asyik kitorang je kena tinggal so kali ni biya kitorang plak ikot..hahahahaha<---Gelak jahat!
![]() |
Alamak gambar tak sempat nak rotate la pulak.. Pakai baju kurung kot...Auww |
Memang Chik ada kata dia nak bawak kitorang makan mee udang kat Kuala Sepetang atau nama 'glamour'nya Port Weld. Tempat ni memang famous la dengan mee udang. Tak silap aku ada masuk Majalah 3 or Jalan-Jalan Cari Makan. Tapi Chik kata, restoran yang masuk TV tu tak sedap sangat. Ada satu lagi stall yang sedap. Kira THE BEST la. Bukan aku yang cakap, Chik yang cakap. (:
So selepas selesai urusan Chik kitorang pun pergilah ke stall yang dimaksudkan tadi. Mee Udang Salleh Stall.
![]() |
Stall dia tak la secantik Restoran yang masuk TV tu, tapi mee udang dia perghh!!! Mengancam kot. |
![]() |
Zawil. Can't wait for her meal.Hee(: |
Bila mee udang tu sampai je, kitorang macam terkejut jugak la, maklumlah tak pernah makan kan. Tak expect plak Udang dia banyak gila. Siap ada udang galah yang ada sepit biru tu. Perghh mengancam abis kot!!
![]() |
#qualiti gambar kurang memuaskan due to Camera fon yang......#$%@# |
![]() |
Macam tak nampak je udang sepit biru tu. |
Lepas dapat makanan, semua orang senyap sepi. Tak mampu nak bercakap dah, maklum lahh sedap sangat. Buat kata Qi dalam Jalan-Jalan Cari Makan, "ada rasa manis-manis siket, masam-masam siket, perfect lah!!"
Akhirnya tinggallah sisa kulit udang setalah mee dan isi udang sudah selamat berada dalam perut.(:
![]() |
Kami turut diberikan pinggan extra buat bekas kulit udang(: |
![]() |
Rasanya kalau kulit udang tu boleh makan, tak ada sisa la kot.. abis licin pinggan tu..hahaha |
So kepada meraka yang berdekatan, boleh lah pergi ke Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni and try. Comfirm korang suka punya. Sampai disini saja entry kali ni, Thanks for reading this entry. Assalamualaikum.
nmpk sedap....nyam3x
ReplyDeletememang sedap pun..heee....
ReplyDeletexpyah nak tnjuk sgt laa haha
ReplyDelete