etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Sunday, 11 March 2012

Nasha allysha Dan NAsi Kukus...

 Assalamualaikum peeps...

Hari ni merupakan sejarah ye apabila NASHA ALLYSHA bangun sedikit awal daripada kebiasaannya. Nak tau kenapa? Biasalah.. masalah normal.. *Kelaparan* so dah tak mampu nak tidur, baik bangun, mandi dan start searching for food. Hew hew <--ketawa tak bermaya sebab terlampau lapar.

So tajuk entry kali ni, Nasha allysha dan Nasi Kukus. Pada mereka yang tidak mengenali NASHA ALLYSHA dengan rapat, beliau ni mempunyai perangai pelik-pelik<--cakap dengan intonasi berbisik-bisik. Dia ni suka makan satu menu je setiap minggu tu. Contohnya kalau minggu ni nasi kukus, maka sepanjang minggu ni carilah beliau di gerai nasi kukus. Tak kemana dah tu. *Masalahnya dah berminggu minggu dia makan nasi kukus.* 


NASHA ALLYSHA ni sebenarnya fobia untuk mencuba makanan lain. Takut tak sedap katanya. Bila tak sedap maka berlakulah satu kerugian besar apabila dia tidak berjaya menghabiskan makanannya itu. Tambahan pula waktu kemelesetan ekonomi macam ni. Memang tak la dia nak membazirkan.

Maka nasi kukus telah menjadi menu tetap NASHA ALLYSHA sepanjang dua minggu ini. Begitu juga dua sahabat biliknya. Sampai muka pun dah nak transform jadi nasi kukus. Begitu tragiknya masalah yang melanda beliau.

Sampai di sini saja lah entry yang melalut kali ini, jumpa lagi di entry akan datang...thanks for reading this entry.. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...