Korang sihat kan...Hee..Entry hari ni bertajuk..Meal Plan VS Baucer Buku...Aku rasa ramai student kat luar tahu apa itu baucer buku tapi tak tahu Meal Plan tu benda apa. Baiklah, menurut Google Translate, meal plan membawa maksud Pelan Makanan ataupun rancangan makan. Bukan rancangan makanan tambahan yang kat sekolah-sekolah rendah tu tau. Actually setiap pelajar tahun pertama diwajibkan membayar RM*25 kepada pihak universiti dan kami akan mendapat satu kad sama seperti kad kredit. Kad ini boleh digunakan di semua kafe yang berdaftar. In simple form, dengan adanya kad ini, pelajar tidak lagi perlu bersusah payah membawa dompet atau duit yang sememangnya tengah kering tu ke kafe. Hanya dengan menggunakan kad Meal Plan,kita sudah dapat menikmati kenikmatan nasi kukus di kafe.
Oleh kerana loan lambat lagi masuk, maka semua pelajar bertungkus lumus pergi ke pejabat U** holding untuk menopup Meal Plan masing-masing. Begitu juga aku dan kawan-kawan yang sekapal dengan aku. Kami telah pergi ke sana dengan menaiki bas atas ehsan pakcik bas yang tersangatlah baik. Itulah dinamakan rezeki ye kawan-kawan. Orang lain berpeluh-peluh jalan kaki sebab Pakcik Bas lain harta sampai pintu masuk je, sedangkan kami, Pakcik Bas hantar sampai ke dalam youu!! Inilah dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu..kann..(:
Rombongan Cik Kiah mengambil Meal Plan.. |
Sesudah menopup Meal Plan, semua wajah dengan sekelip matanya berubah menjadi ceria. Tiada lagi kedukaan dan kegusaran yang bermain di hati. Kad Meal Plan yang menjadi penyambung hayat disimpan di tempat yang paling selamat..
Tempat menyimpan meal plan terpaksa di'blur'kan untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. |
Semuanya kelihatan gembira tidak terkata. |
Maaflah sebab pic not so clear... Nampak siket kan tapi 2 keping baucer kot... |
Ye...Aku juga telah membeli payung Angry Bird berwarna kuning... Abaikan mereka..tengok payung sudah...hee^_^ |
Baucer Buku yang telah digunakan sebelum bertukar tangan daripada tangan aku ke tangan pakcik kedai.... |
Sampai disini saja entry kali ini...Thanx for reading this entry...Assalamualaikum.
untungnya boleh dpt baucer buku...zaman saya dulu x de..huhu
ReplyDeleteZaman da berubah, dunia dah maju kak. (: thanx sebab baca...
ReplyDelete