etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Friday, 9 March 2012

Experimen Pertama. Alhamdulillah Minat Makin Bercambah (:

Assalamualaikum readers.

Hari ni aku ada satu entry je untuk di updatekan. Hari ni busy tak terkata, kalah orang pejabat. Ngeee... Maklumlah kelas hari khamis tersangatlah pack. Sampai pukul 7 petang kot Senah oiii!!! Tak ke pack tu. Tapi tak pe. Jumaaat TAK ADA kelas u'olls. Jangan jeles. Hee.. Apa-apa pun aku tetap mencari masa yang sesuai untuk menaip entry baru khas untuk mereka yang membaca blog aku. Terima kasih banyak-banyak ye. Jangan lupa follow. (:

So, today i would like to update about my first lab session last week. Auww!! kelas kau nyah. Untuk sem ni aku dengan rasminya telah layak mendaftarkan diri untuk subjek Amali Mikrobiologi 1. Itupun selepas aku lulus subjek Mikrob 1 sem lepas. Alhamdulillah. Lega rasa bila tak kena repeat paper.

Seperti biasa minggu pertama seperti yang dijangka TAK ADA amali. Amali start pada minggu kedua. Kami telah diminta membawa dua barang WAJIB sewaktu amali. Nak tau apa bendanya?

1. Tuala Good Morning
2. Lighter
3. Marker pen kalau boleh yang kecik punya

Semua student macam tertanya-tanya nak buat apa dengan dua barang tu. Tuala Good Morning tu taula, nak buat lap meja. Abis lighter tu nak buat apa? Rasanya time tu semua orang start buat teori sendiri. Maka instrutor merangkap lab assistant pun bertanya

 "Apa kegunaan lighter tu?" 
Dan sorang demi sorang menjawab, 

"Nak sterile equipment kot.."
"Nak bunuh kuman kot."

Tapi malangnya semua mendapat gelengan daripada instruktor. Hahaha. Rupa-rupanya lighter tu nak guna untuk nyalakan bunsen burner laaa... Tapi perlu ke bawak sorang satu??? Dah tu marker tu nak buat apa?
Marker tu untuk label test tube culture nanti.(:

JAdinya, kami pun satu kelas telah menjalankan amali yang pertama dengan jayanya. Amali first ni just a simple amali actually. Mostly more to basic things yang Lecturer kata, 'perkara rutin' sebagai Microbiologist'. Nampak tak perkataan 'Perkara rutin' tu? This mean we have to this type of procedure for many2 time as long as we still in this course. 4 tahun kot!!!!! Tapi tak pe, sebab apa yang aku dengan kawan-kawan buat ni interesting sangat-sangat. We learn all about Basic Laboratory Technique for isolation, cultivation and cultural charaterization of microorganism. It so AWESOME!!

Dan macam yang korang baca tajuk entry kat atas tu la... Alhamdulillah minat aku semakin bertambah lepas buat experimen 1 ni. Dan harap-harap berkekalan sampai bila-bila. Awat? Hang ingat kahwin je ka yang boleh doa lagu tu, 'minat' pun boleh aihh.. tak salah pon..(:

So, kepada mereka yang macam teringin nak ambik course macam aku ni, sila-silakan lah ye. Aku nak cakap senang pun, aku baru lagi. Ada banyak tahun lagi. Tapi buat kata bapak aku la kan, belajar ni mana-mana pun sama je, usaha tu yang penting. Sebelum aku end the story.. kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku snap masa amali last week.. My first culture.

Bakteria yang di 'isolate' mengunakan teknik streaking dan spreading

streak plate dan spread plate.yang pink tu culture kitorang setelah di incubate 24 jam.

Isolation dalam agar slant, deep agar dan nutrient broth...(:

Sampai di sini saja entry ni, kalau tak paham or ada soalan comment la, kalau aku boleh jawab aku jawab. Kalau tak boleh nanti aku tanya lecture..ngeee... Adios.. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...