etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Showing posts with label Study Life NASHA ALLYSHA. Show all posts
Showing posts with label Study Life NASHA ALLYSHA. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

"Awat aku punya tak nampak!!!"

Assalamualaikum peeps:)

Aku baru je balik dari kelas ni. Benda pertama yang aku buat selepas melangkah je ke dalam bilik ialah try connect wifi. Tudung pun tak sempat tanggal lagi. Nampak tak kesungguhan aku disitu. Ngee~ Hasilnya...Taraaa!!! WIFI connected!!! Yahooo. Tak sia-sia aku berlari dari bas tadi.*nampak beno membohongnya*


Hari ni ngan semalam aku buat experiment lagi!! Seronok nyee.. Korang nampak ta muka seronok aku??(muka happy sambil minum air sanquick tropical) Tapi disebabkan terlampau tekun, aku tak sempat nak tangkap gambar. Bila keluar dari lab baru teringat. Tak kan aku nak masuk balik, then pakai lab coat, pastu buat-buat macam tengah amali plak kan. Ngarut je.Silap-silap lab assistant tu pulak takut tengok aku.

So disebabkan tak ada gambaq, aku just cerita je kat sini. Perasaan aku sebenaqnya tak berapa nak stabil.(Dielek utara sebab kejutan budaya) Aku sebenaqnya sedeh bercampur gembira. Gembira sebab buat experiment pakai microscope(macam tak penah buat je selama ni=..="), sedeh sebab aku observe slide kat microscope tapi TAK NAMPAK APA!!! What the..... awat orang lain nampak aku tak nampak dowh!! aku try observe lagi, mesti ada salah kat mana-mana ni sebab slide kena prepare sendiri. Hat semalam tu lab assistant prepare kan.(orang expert bolehlaaa...*mata menjeling ke atas*). Sebab tu semalam nampak clear, harini habuk pun tak dak!!

Mula-mula aku try perpare slide dari original culture. Nama culture tu aku pun tak tau nak eja macam mana. Tapi singkatan dia Pv. Aku rasa aku dah prepare elok dah. Tapi still macam susah nak nampak. Yang orang lain punya semua nampak ja. Bila letak oil immersion tu siap boleh nampak dia bergerak lagi. Yang aku punya......... Lastnya, aku pun give up. Demo suruh aku prepare slide lain, aku malas!!!-,-" Baik aku tengok result orang lain ja.(Amaran : jangan nak follow perangai aku ye, TAK ELOK!)

Pastu aku proceed ngan prepared slide lain plak. Kali ni specimennya pond water. Aku prepared macam nk gila kot. Lengkap dengan aseptic technique u'olls!!! Bila dah ok dah rasanya, Aku pun observe dimulakan dengan bismillah, dengan harapan nampaklah sesuatu. But in the end... Apa yang aku dapat ialah KOSONG!!!   Still tak boleh nampak apa-apa. Tahap kebengangan dah sampai tahap maksima dah masa tu. Tambahan pula , rakan di sebelah mula bersorak riang sebab nampak paramecium main aci kejar.

(Gambar ehsan google image.)
Lebih kurang macam ni la figure that thing  organism.

Aku pun menumpang kegembiraan beliau sambil melihat pergerakkan paramecium. Kesian dia paramecium tu sorang-sorang je. Sesungguhnya C.R.A Wahida Fazlina telah memisahkan beliau dengan keluarga beliau...Huu sedeh!! Tentang experiment aku,  aku telah membuat keputusan bahawasanya, pond water tu tak cukup kotor.hahaha.Ringkas kan.
Wahh hari hujan la pulak.*tiba-tiba* Thanx for reading this entry.. Assalamualaikum.


Sunday, 11 March 2012

Masalah Yang Tak Terungkap.

Assalamualaikum peeps..

Hari ni saja tiga entry aku post. Macam bosan je orang baca notification kat group blogger tu. Tak abis-abis nak update post baru. Ehh suka hati aku la kan. For those yang tak mau baca tu tiada paksaan ya. Up to you.=..="

Tajuk entry kali ni, Masalah Yang Tak Terungkap. Macam serius je bunyinya kan. Memang serius pun. Malam ni baru aku perasan yang selama ni aku banyak masalah selain masalah kemelesetan ekonomi. Antaranya, aku tak sempat nak review chapter untuk biomolekul dan aku tak paham langsung melainkan simple-simple thing je. Macam mana aku nak jawab test next week?! Boleh bagi tahu aku tak?? Dah la dia cover sampai carbohydrate. Banyak tu!!! *nasib baik next week, sempat lagi la kot*

Tiba-tiba terdengar orang mengata kat belakang " kau update blog sempat plak, study tak sempat". Alamak.. ni yang gua tak berkenan ni der. Lu tahu ke sebab apa gua update blog ni. Sebab study tak masuk kot. Ishh sebok je hal kain orang. Pi jaga kain sendiri nunn.. <--muka merah tahan bengang


Masalah kedua aku melibatkan experiment Microbe esok. Macam mana ntah aku boleh lupa plak nak ambik sample air kotor. Malam ni baru teringat. Laa ni dah pukul 11. Celah mana plak la aku nak cekau that particular 'things'. Tak kan nak cedok air kat mangkuk tandas plak. Euwwww..=..=" Memang la banyak microorganism kat situ, tapi aku ni la yang tak sanggup.

Tapi...Kejap-kejap... instructor kata satu bench bawak satu botol je. So sekarang baik aku berdoa semoga ada antara kawan-kawan aku yang bawak esok. Kalau tak ada macam mana??? Hah sudah.. nak tak nak. Esok pagi-pagi aku kena pegi cedok air kat kolam berdekatan. Rasanya kolam tu tak la bersih mana. Boleh la tu dari tak ada kan.

Masalah seterusnya, macam mana aku nak habiskan buku Tamadun ni. Dah tu kena buat komentar bagai. Adoi.. tiba-tiba aku rasa aku ni bukan student sains plak. Abis semua pasal tamadun la, kenegaraan la.  Semua kena belajar. Aku sendiri pun confuse course apa yang aku ambik sebenarnya.

Sebelum aku melalut dengan masalah lain-lain, better aku stop and tidur. Masalah kalau pikir memang tak abis kan. Baik cuba cari penyelesaian masalah. Take a good care. Assalamualaikum.

Secara kesimpulannya

Friday, 9 March 2012

Experimen Pertama. Alhamdulillah Minat Makin Bercambah (:

Assalamualaikum readers.

Hari ni aku ada satu entry je untuk di updatekan. Hari ni busy tak terkata, kalah orang pejabat. Ngeee... Maklumlah kelas hari khamis tersangatlah pack. Sampai pukul 7 petang kot Senah oiii!!! Tak ke pack tu. Tapi tak pe. Jumaaat TAK ADA kelas u'olls. Jangan jeles. Hee.. Apa-apa pun aku tetap mencari masa yang sesuai untuk menaip entry baru khas untuk mereka yang membaca blog aku. Terima kasih banyak-banyak ye. Jangan lupa follow. (:

So, today i would like to update about my first lab session last week. Auww!! kelas kau nyah. Untuk sem ni aku dengan rasminya telah layak mendaftarkan diri untuk subjek Amali Mikrobiologi 1. Itupun selepas aku lulus subjek Mikrob 1 sem lepas. Alhamdulillah. Lega rasa bila tak kena repeat paper.

Seperti biasa minggu pertama seperti yang dijangka TAK ADA amali. Amali start pada minggu kedua. Kami telah diminta membawa dua barang WAJIB sewaktu amali. Nak tau apa bendanya?

1. Tuala Good Morning
2. Lighter
3. Marker pen kalau boleh yang kecik punya

Semua student macam tertanya-tanya nak buat apa dengan dua barang tu. Tuala Good Morning tu taula, nak buat lap meja. Abis lighter tu nak buat apa? Rasanya time tu semua orang start buat teori sendiri. Maka instrutor merangkap lab assistant pun bertanya

 "Apa kegunaan lighter tu?" 
Dan sorang demi sorang menjawab, 

"Nak sterile equipment kot.."
"Nak bunuh kuman kot."

Tapi malangnya semua mendapat gelengan daripada instruktor. Hahaha. Rupa-rupanya lighter tu nak guna untuk nyalakan bunsen burner laaa... Tapi perlu ke bawak sorang satu??? Dah tu marker tu nak buat apa?
Marker tu untuk label test tube culture nanti.(:

JAdinya, kami pun satu kelas telah menjalankan amali yang pertama dengan jayanya. Amali first ni just a simple amali actually. Mostly more to basic things yang Lecturer kata, 'perkara rutin' sebagai Microbiologist'. Nampak tak perkataan 'Perkara rutin' tu? This mean we have to this type of procedure for many2 time as long as we still in this course. 4 tahun kot!!!!! Tapi tak pe, sebab apa yang aku dengan kawan-kawan buat ni interesting sangat-sangat. We learn all about Basic Laboratory Technique for isolation, cultivation and cultural charaterization of microorganism. It so AWESOME!!

Dan macam yang korang baca tajuk entry kat atas tu la... Alhamdulillah minat aku semakin bertambah lepas buat experimen 1 ni. Dan harap-harap berkekalan sampai bila-bila. Awat? Hang ingat kahwin je ka yang boleh doa lagu tu, 'minat' pun boleh aihh.. tak salah pon..(:

So, kepada mereka yang macam teringin nak ambik course macam aku ni, sila-silakan lah ye. Aku nak cakap senang pun, aku baru lagi. Ada banyak tahun lagi. Tapi buat kata bapak aku la kan, belajar ni mana-mana pun sama je, usaha tu yang penting. Sebelum aku end the story.. kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku snap masa amali last week.. My first culture.

Bakteria yang di 'isolate' mengunakan teknik streaking dan spreading

streak plate dan spread plate.yang pink tu culture kitorang setelah di incubate 24 jam.

Isolation dalam agar slant, deep agar dan nutrient broth...(:

Sampai di sini saja entry ni, kalau tak paham or ada soalan comment la, kalau aku boleh jawab aku jawab. Kalau tak boleh nanti aku tanya lecture..ngeee... Adios.. Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...