Aku baru je balik dari kelas ni. Benda pertama yang aku buat selepas melangkah je ke dalam bilik ialah try connect wifi. Tudung pun tak sempat tanggal lagi. Nampak tak kesungguhan aku disitu. Ngee~ Hasilnya...Taraaa!!! WIFI connected!!! Yahooo. Tak sia-sia aku berlari dari bas tadi.*nampak beno membohongnya*
Hari ni ngan semalam aku buat experiment lagi!! Seronok nyee.. Korang nampak ta muka seronok aku??(muka happy sambil minum air sanquick tropical) Tapi disebabkan terlampau tekun, aku tak sempat nak tangkap gambar. Bila keluar dari lab baru teringat. Tak kan aku nak masuk balik, then pakai lab coat, pastu buat-buat macam tengah amali plak kan. Ngarut je.Silap-silap lab assistant tu pulak takut tengok aku.
So disebabkan tak ada gambaq, aku just cerita je kat sini. Perasaan aku sebenaqnya tak berapa nak stabil.(Dielek utara sebab kejutan budaya) Aku sebenaqnya sedeh bercampur gembira. Gembira sebab buat experiment pakai microscope(macam tak penah buat je selama ni=..="), sedeh sebab aku observe slide kat microscope tapi TAK NAMPAK APA!!! What the..... awat orang lain nampak aku tak nampak dowh!! aku try observe lagi, mesti ada salah kat mana-mana ni sebab slide kena prepare sendiri. Hat semalam tu lab assistant prepare kan.(orang expert bolehlaaa...*mata menjeling ke atas*). Sebab tu semalam nampak clear, harini habuk pun tak dak!!
Mula-mula aku try perpare slide dari original culture. Nama culture tu aku pun tak tau nak eja macam mana. Tapi singkatan dia Pv. Aku rasa aku dah prepare elok dah. Tapi still macam susah nak nampak. Yang orang lain punya semua nampak ja. Bila letak oil immersion tu siap boleh nampak dia bergerak lagi. Yang aku punya......... Lastnya, aku pun give up. Demo suruh aku prepare slide lain, aku malas!!!-,-" Baik aku tengok result orang lain ja.(Amaran : jangan nak follow perangai aku ye, TAK ELOK!)
Pastu aku proceed ngan prepared slide lain plak. Kali ni specimennya pond water. Aku prepared macam nk gila kot. Lengkap dengan aseptic technique u'olls!!! Bila dah ok dah rasanya, Aku pun observe dimulakan dengan bismillah, dengan harapan nampaklah sesuatu. But in the end... Apa yang aku dapat ialah KOSONG!!! Still tak boleh nampak apa-apa. Tahap kebengangan dah sampai tahap maksima dah masa tu. Tambahan pula , rakan di sebelah mula bersorak riang sebab nampak paramecium main aci kejar.
(Gambar ehsan google image.) Lebih kurang macam ni la figure that |
Wahh hari hujan la pulak.*tiba-tiba* Thanx for reading this entry.. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Thanx peeps(: