Assalamualaikum peeps..
Macam biasalah, malam-malam macam ni mulalah aku mencari video-video yang interesting bercampur kelakar. YEla kann.. Nak menghilangkan keletihan setelah seharian bertungkus-lumus STUDY!!! Kannn-,-"
*Saja ja aku besarkan font dia dan guna huruf besar. Saja je nak sindir diri sendiri!!!*
Then after that post entry "larut malam" walau pun tak cukup larut lagi. Muahaahahaaha
So malam ni nak post video apa haa? Ehh kejap.. Korang dah tengok Adnan Sempit 2 dah? Kalau korang tak tengok lagi, baik korang pergi download sekarang. Ni aku bagi link Adnan Sempit 2 .
Ada satu part tu kelakar gila aku rasa. Dua kali aku tengok, dua kali lah aku gelak sampai rasa nak patah tulang belakang. Risau jugak takut lari ligament rahang aku ni. Tak pasal-pasal kena pergi PKU(pusat rawatan universiti) pulak. Tapi pape pun serius kelakar. ^____^
Berbalik kepada video kann. Tadi masa line tengah laju, aku adalah pergi usha video Mat Lutfi and Anwar Hadi. Dan disebabkan IDM aku ada lagi 6 hari sebelum expired(trial version) maka aku pun mendownload sebanyak mungkin video yang ada. Saja, sebab line macam laju berlipat kali ganda kan. Maka gunakanlah sebaik mungkin!!!
Tapi, antara banyak-banyak video tu, ada satu video Anwar Hadi yang aku rasa, aku setuju sangat dengan topik yang dia dok cita tu. Kat bawah ni video dia. Hangpa kasi tengok perabih dulu k.
Haa tengok dah kan. Betul kan kata dia ni. Aku sendiri pun kadang-kadang tak paham apa yang 'mereka-mereka ' ni cakap. Aku tak cakap orang lain, family aku pun ada yang macam ni. Kalau takat yang simple-simple tu boleh tahan lagi kot. Sekurang-kurangnya kita fahamlah jugak kan apa yang nak di sampaikan.
Bukan tak boleh nak singkat-singkat, tak kan lah dalam SMS tu kita nak tulis panjang-panjang kan. Sampai berpage-page. Yang mana pakai handfon canggih merangkap Blackberry ke,Android ke, boleh la sebab tak rasa pun korang dah type berpage-page. Tau-tau kredit je berkurangan.hahaha
Kesimpulannya boleh ja kalau nak tulis singkat-singkat ni, tapi tak payah lah nak manja sangat la kot.. Bukan pa, tak semua orang paham dan suka apa yang kita buat tu. So,untuk mengelakkan orang mencik dengan kita, tulis la bahasa yang sepatutnya.
Sampai sini saja entry kali ni, Selamat malam. Thanx sebab baca. Moga korang semua mimpi yang indah-indah. Assalamualaikum,
Kalau guna singkatan, orang boleh terima lagi. Still laju nak bagi paham. Kalau style gedik2 tu, silap2 tak paham langsung. Haha.
ReplyDeletekannnn...hahaha elok-elok belajar ABC tak mo praktikkan, macam tu la jadinye...
ReplyDelete