etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Monday 4 June 2012

Gadis dan Masakan!

Assalamualaikum peeps <3



Hai u'olls? Macam mana hari anda? Baik? Tak baik? Hari manusia yang bernama Nasa Alisa(nama ubahan kawan2-_-") pula sentiasa baik walaupun hidup diselubungi kebosanan terlampau. Bajet tak ada kerja nak buat. Dasar malas belajar.!!! Pffttt!! Hari-hari bosanku diisi dengan melihat manusia lalu lalang di luar tingkap dan menjenguk ke rumah muka buku.  Actually hari ini saya berpuasa ganti ya kawan2 memandangkan bulan Ramadhan dah semakin hampir, takut tak sempat pulak nak ganti. Almaklumlah time cuti nanti memang komfemlah tak boleh nak berpuasa dengan kusyuk dan tawaduk. Mana tak nya. Saya mempunyai ibu yang sangat pandai memasak.. DUGAAN yang amat besar ye berpuasa dirumah.-_-"

Okey stop with that mengarut intro. So today's entry nak cerita pasal gadis dan masakan! Err kenapa gadis dan masakan? Okeylah straight to the point, perlu ke seorang gadis itu pandai memasak????<--A BIG QUESTION MARK!!

Lelaki selalu kata..

"Malulah perempuan tak reti masak..."

Jawapan orang perempuan......

"Err awak tak boleh jadi imam takpe pulak.."

Last-last due-due speechless...

Actually mak saya kata..... " Tak rugi belajar masak. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri."

Dan saya ----> -______-"

And now i admit what my mom said is totally true!!! Belajar masak bukan bermakna kita dah gatai nak kawin or sekadar nak menunjuk kat ur boyfriend " Sayang... i dah reti masak.." NO ok!!. Dan bukan juga untuk masuk master chef  ke, peraduan memasak ke, etc etc. Tapi skill ini penting untuk situasi kritikal. So, setelah diselidiki.. Terdapat beberapa situasi yang kritikal yang memerlukan bakat memasak anda! Dan sya sudak melalui ketiga-tiga situasi dibawah!!!

1- Bila mak ayah, adik, kakak, abang, semua pergi kenduri kahwin dan anda tak dapat ikut sebab kena cirit birit. So, dengan secara hormatnya korang memang takkan dapat ikot punye dah kalau 5 minit sekali kau kena masuk toilet kannn... So apa yang korang boleh buat ialah masak bubur dirumah. So tahu ke nak masak bubur kalau tak pandai memasak?? Or else.. belapar la kau senah..........

2- Bila pergi camping ke hutan or gunung or what so ever. This time skill memasak sardin adalah sangat penting. Korang tak boleh simply cook and bile tak sedap masak lain... HEY INI HUTAN OKEY!! Sardin yang dibawa sangat terhad. Korang bukan camping kat depan Giant or Carefour pun. So sarding sardin yang ada haruslah dimasak dengan seeloknya supaya ia dapat menambah tenaga anda.

3- Bila musim study week dimana kafe semua cuti study week bersama. Haa ini yang aku tengah rasa sekarang!!! Kafe siket punye banyak dan2 tutup time study week. Ape kejadahnya ini semua. Jadi for those yang tahu masak tu, u guys just go to the mall and purchase a RICE COOKER kecik or kalau bajet up siket.. buy a MULTI COOKER dimana anda boleh menggunakannya untuk merebus maggi, buat ikan stim, goreng mihun goreng or else buat nasi lemak pon bolehhhhh... Then bila da ade perkakas dan barang dapur korang boleh masak nasi dan lauk. Share2 la ngan kawan2 kannn.. SHARING IS CARING! Kan muhibah tu..jimat pun jimat^_^

So, the moral of the story... Aku sangat bersyukur sebab mak banyak bagi tunjuk ajar pada aku pasal masak memasak neh. Nampak tak gambar kat atas tu... Itu nasi goreng ye. pada mereka yang tak dapat nak predict apakah itu.  Ia dimasak oleh sekumpulan gadis-gadis sunti menggunakan rice cooker jenama Panasonic. Biar rupa buruk asal tahu memasak.<--mak aku kata!!

For those yang rasa masak tu susah.. Try to be optimistic ok. Tak ada apa yang senang kat dunia ni. So selagi boleh cuba kita cuba sedaya upaya. Thanks for reading this entry.. Assalamualaikum.

2 comments:

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...