etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Sunday, 3 June 2012

TITAS vs ZZZzzzz

Assalamualaikum readers!!

So today 3 jun 2012.Means aku ada 10 hari ja lagi untuk study sebab exam bermula 13 jun dengan 2 paper sekali gus u'olls... SERONOKNYA!! Dan kedua-dua paper ini merupakan subjek yang bila anda baca komfem boleh terlelap. Dan bagi mereka yang mengalami masalah tak boleh tidur tu.. anda disarankan membaca nota2 subjek ini instead of mengambil pil tidur...-____-"

Dan subjek yang dimaksudkan ialah......TITAS dan BIOMOLEKUL!!!
(*gamba agak kabur.) Can u see that both of the subject in the same day??-_-"
Apa nak buat, nak tak nak aku kena menghadapinya juga. Dan aku juga telah mengupdate status di FB bertujuan untuk menaikkan semangat sendiri. NASHA ALLYSHA fighting!!!

status 2 jam lepas*_*

Namun selepas 2 jam aku masih belum mempunyai kekuatan untuk memulakan pengembaraanku ke Tamadun China, Tamadun India, dan yang seangkatan dengannya. Tapi demi melihat sahabat2 lain tekun berusaha.. aku memulakan langkah. Actually aku update status ni sebab nak share beberape tips untuk mengelakkan diri anda daripada terlelap sewaktu membaca nota TITAS...

"TITAS tu apa???" Hoi lupe nak explain. Bagi mereka yang masih mumaiyiz dan belum tahu apa itu TITAS. TITAS tu singkatan kepada ' Tamadun Islam dan Tamadun  Asia'. Bila anda gabungkan  tulisan merah itu maka jadilah TITAS.

Nota fotostat yang boleh didapati di Flat Ikan dengan harga  RM 5.00 kot.
TITAS merupakan subjek universiti yang semua orang diwajibkan ambik atau anda tidak akan dapat merasa pakai jubah graduate kalau tak ambik atau FAIL dalam subjek ni...

Maka dengan itu segala persiapan lengkap untuk mengadap tamadun2 ini haruslah dilakukan antaranya:

1- Sediakan bekalan OXYGEN secukupnya!
Oleh itu aku dengan semangatnya telah pergi men'refill' bekalan oxygenku dengan RO water DR SUKIDA. 20 sen for 1 liter. murah dan cepat. khasiat tak pasti.
Dengan hanya bermodalkan RM1.40 anda kini dapat menikmati air mati sehingga 7 liter!

Disebabkan tangki simpatan oxygen terlampau besar, aku telah menyalurkan bekalan tersebut kepada tangki yang lebih kecil dan penuh dengan kata-kata semangat.
Failure is the mother of  success!

2- Hiasi nota anda dengan highlighter yang bewarna-warni!
Menurut kajian sainstifik, warna dapat merangsang otak dengan lebih baik. justeru anda dinasihatkan menggunakan highlighter sewaktu membuat short note or membaca nota TITAS. At least tak la hitam je kann...
higlighter bewarna-warni

3- Jauhkan elemen-elemen pengacau daripada kawasan study!
Bagi memastikan anda study dalam keadaan kusyuk dan tawaduk.. jauhkan elemen2 pengacau yang boleh mengganggu gugat semangat anda untuk terus membaca. 
Nampak tak banyak elemen gangguan di situ!
Antara elemen pengacau yang harus anda jauhi ialah:

Telefon Bimbit!
handphone! kalau boleh letak atas almari atau suruh roomate sorokkan .
Kalau tak asyik nak mesej je.-___-"

Novel Cinta!
Kenapa? Sebab novel ni panjang bejela macam mana pon kau x bosan kan.
Sebelum ada makhluk bebisik suruk kau baca novel.. Baik kau bakar je novel tu!!!!!!!!

Facebook  dan laptop!
Anda dinasihatkan Logout facebook  sebab  kecenderungan  untuk
 comment status orang, like, poke and what so ever  sangat kuat. oleh itu logout dan letak lappy tu jauh2.

4- Study sambil makan!
Untuk mengelakkan masalah mengantuk dan stress, anda juga boleh menyediakan kudap-kudapan sewaktu anda study.
keropok Bika dan Corntoz......(gambar ehsan c.r.a)

So dengan tip2 diatas, aku harap korang yang mengambil subjek ini dapat terus survive tanpa ada rasa mengantuk!

Sampai disini saja untuk entry kali ni.. Thanks for reading. Assalamualaikum!

p/s: aku pun baru nak try actually. Selamat mencuba!











No comments:

Post a Comment

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...