etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Monday, 5 March 2012

Taking a nap during class session..^_^

Assalamualaikum w.b.t
 Hye there, seperti biasa, hari ni aku nak update pasal...hmmm... Taking a Nap During Class Session. Korang mesti tau kan taking a nap tu ape bende?So tak payah lah aku nak terangkan lagi. Dalam entry ni aku nak discuss beberapa faktor yang mendorong seseorang itu take a nap masa tengah kelas dan cara mengatasinya.

 Antara sebab-sebab yang telah dikenal pasti sebab aku pun buat so aku tahula serbe sedikit adalah seperti berikut:

Pertama : Kelas di waktu pagi ditambah dengan cuaca yang sayu lagi suram. Ini adalah faktor yang paling utama kenapa ramai student take a nap masa kelas. Yela dah la kelas start awal pagi, pastu cuaca plak macam tau-tau je yang kita tu mengantuk. Pastu semalam dah la tidur lambat, pagi plak kena bangun awal, mana tak mengantuk. Dalam kepala tu dah ingat katil jela. Dok bayang shoknya kalau kelas cancel.

bila mengantuk campur dengan cuaca yang suram maka
fikiran hanya  kepada katil separa empuk di bilik

Kedua: Sesi pembelajaran yang tidak menarik ditambah dengan kesejukan air-cond. Ini merupakan faktor kedua kenapa perkara sebegini berlaku. Sesiapa yang dah masuk lecture mesti tahukan. Tambah-tambah subjek macam biology ke, kimia ke, yang memerlukan pembacaan. Sumpah mengantuk. Kann? Hangpa toksah nak tipula. Ada certain-certain orang je yang bole tahan dengan situasi ini. Yang lain tu, Wassalammm...

Ketiga : Perut kenyang mata pun berat. Situasi ni jadi mostly lepas makan la kan. Perut tengah kenyang mata pun apa lagi, kuyu je. Kejap bukak kejap tutup. Macam pintu tesco yang automatik tu. Tambah-tambah plak bila dapat seat blakang-blakang jauh dari lecturer. Lagilaaa......

Keempat : Ganguan makhluk halus. Yang ni merupakan faktor yang merangkumi faktor-faktor yang kat atas tu. Syaitan ni, macam korang tahulakan,memang tabiat dia suka kacau makhluk macam kita ni, MANUSIA. Tambah-tambah dia tengok kita ni bersemangat dalam menuntut ilmu, maklumlah menuntut ilmu kan satu ibadat. Dia memang anti orang yang suka buat ibadat ni. Teringat usta aku dulu, dia ada kata, "kalau kita nak menuntut ilmu, belajar, pastu rasa mengantuk, maknanya ada syaitan tengah bergayut-gayut macam tarzan kat mata kita, tu yang rasa nak tutup tu".

Cara-cara aku dan kawan-kawan mengatasi masalah diatas:

Pertama : Minum air masak or air mati buat kata opah aku secukupnya. Ini kerana Oxygen yang berada dalam air akan membantu kita untuk hilangkan rasa mengantuk. Kita biasanya mengantuk kerana kekurangan oxygen untuk disampaikan kepada otak. Thats why otak kita rasa lembab je. So minumlah air bila rasa mengantuk.


Kedua : Makan gula-gula. Haa ni mesti korang pernah buat kan. Makan gula-gula kalau rasa mengantuk. Makan gula-gula je jangan makan nasi lemak plak. Cara ni agak effective sebenarnya. Aku pun selalu buat.


Ketiga : Pergi basuh muka.(bagi yang lelaki) Cara ni tak begitu effective bagi kaum hawa. kenapa? Yela korang yang perempuan ni mesti pakai make up kan. paling tidak pun eye liner la. Pastu pakai  tudung/shawl/tudung sarung or what ever.. Mesti susah kan, sat lagi basah plak tudung tu.

Keempat : Mendengar dengan mata yang pejam. Cara ni sebenarnya khas untuk orang yag pandai cover je, yang tak pandai, jangan dok gatai nak buat. Sat lagi kantoi, lebam dahi tu kene penggal ngan marker pen.

ni contoh orang yang pakar. tengok mata dia. tutupkan tapi telinga dengar tu.
Kelima : Kalau dah tak tahan sangat, mintak la lecturer korang break barang 10 minit ke, then tidur la kejap.^_^

bahagiakan dapat tidur sekejap pun jadila...

Semoga tip-tip yang aku kongsikan itu berguna untu korang, jumpa lagi di entry seterusnya....ADIOS... Assalmualaikum





No comments:

Post a Comment

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...