etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Sunday, 4 March 2012

Boleh tak kalau buat sambungan dia........

Assalamualaikum peeps....

Aku actually baru je habiskan satu novel bertajuk 'Akhir Sebuah Cinta' karya Siti Nur Dhuha. Aku pinam dari jiran sebelah bilik merangkap coursemate aku. Aku bukan nak komen cuma aku nak share jalan cerita dia. Aku rasa story dia bagus, melibatkan cinta 3 segi antara 2 orang adik beradik and seorang perempuan bernama Mimi Atia. Apa yang aku dapat rumuskan di sini, Mimi Atia ni perempuan biasa je tapi dapat memikat 2 orang lelaki berstatus Tengku u'olls!!! Jangan main-main ye.

Author dia ni aku rasa imaginasi dia tinggi sangat. Sebab tu cerita dia best. Aku tak mau cerita  lebih-lebih nanti tak syok ar kalau korang nak baca kan. Tapi.. What can i say, story dia awesome... Sebab tu ada tag PALING LARIS kat novel tu. Kalau korang tak percaya tengok ni....

 

Haa tak percaya lagi?? Ingat orang tipu la tu....=..=". Tapi, apa yang merungsingkan aku.... Aku tak puas hati dengan ending cerita dia. Nak kata tergantung, hero ngan heroin dia kahwin. Tapi yang aku taa pahamnya  macam senang sangat. Ishh korang kena baca sendiri sebenarnya. Then you will know what i'm telling about.

So, aku berharap gila-gila kalau novel ni ada sambungan dia. Tapi nanti jadi macam bersiri la pulak. Papepun, yang pasti author die ni orang baru kot sebab tak pernah dengar nama dia before this...Selalu aku baca novel Damya Hana, Fauziah Ashari, Aina Emir, and for your information, aku khatam novel Ombak Rindu tu tak terbilang kali dah kot. Sampai aku dah boleh hafal watak and jalan cerita dia. Tiba-tiba terfikir, kalau la aku baca Tortora macam aku baca novel.....A++ aku dapat kot..^_^

Last but not least, I still hope that this novel will have the next saga... Macam Ombak Rindu pun ada sambungan dia sampai 3 kot.  Tapi last nya aku still prefer yang first jugak sebab rasa yang lagi 2 tu mengarut je.Bukan senang tau nak create satu-satu novel tu. Makan masa la jugak..Cakap macam expert..tak boleh blahh..
Kalau korang ada masa dan ada DUIT, belilah novel tu. Or guna je baucer buku..haa tak payah la guna duit kann... Aku tak jamin korang suka novel ni, tapi believe me, you will definitely love the story... ADIOS assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...