Hari ni mood aku tak berapa nak stabil disebabkan satu masalah dunia yang telah melanda diri aku ni. Of course bukan sebab Kewangan Okeh!! Walaupun itu salah satunya.
Tapi this type of problem lagi berganda-ganda menyusahkan aku. Sebab aku akan terasa penat WHOLE DAY okeh!! Bukan itu je, pening kepala tok sah nak cakap la. Seterusnya membuatkan aku terasa ingin memonteng kelas. Nasib baik iman di dada kuat lagi la kann... Lagipun aku ni diketegorikan student yang paling berdedikasi sekali.*siapa lagi nak puji diri kita kalau bukan diri kita sendiri.*
Korang nak tahu apa masalah aku tu???? AKU BANGUN LEWAT kot hari ni. Kelas kul 8.00 pagi, but woke up around 7.20 a.m. What the........
Ok aku admit la alarm aku dah bunyi dah kul 5.45 pagi. *awal gila kan* Sebanarnya alarm tu saja je aku set just for remind me hari dah pagi. So aku tak yah la nak tidoq bersungguh-sungguh sangat. Tido-tido ayam sudah laaa. Sebab after aku tutup tu ada lagi satu alarm. 6.30 pagi pulak. So total ada dua alarm la untuk membangunkan aku dari tido. Tapi ntah macam mana ntah aku bole tak sedar plak bila maa aku off kan alarm yang second tu. Sedar pun sebab aku terdengar lagu TERUKIR DI BINTANG *ringtone fon aku*.
Aku macam pelik jugak, yelaa supposed bukan lagu tu sebab alarm aku bunyi lain. Aku bangun-bangun terus tengok kat tingkap. Aikk asal cerah semacam pulak ni. Ada orang pasang lampu ke.... Okeehhh tak.. Aku tengok jam dah pukul 7.19.. Fineeeee..... AKU DAH LAMBAT!!! And that particular call from my neighbour sebab dia ingat aku dah pergi!!
Aku bukak pintu and aku tengok both of them dah siap nak pergi kelas. And aku dengan ketidakwarasannya bertanya.. "Saya Patut mandi ke tak haa??" Boleh plak tanya soalan yang cheesy macam tu. AIgoooo-,-"
Kawan-kawan aku pon apa lagi macam terkejut je bila aku tanya macam tu. Nasib baik dia tak setuju dengan soalan aku, kalau tak... Tak mandi la aku kannnn.
After all, aku berjaya siapkan diri dalam masa 15 minit la jugak. Walaupun solat subuh pun dah lewat. Still sempat la kan. Alhamdulillah.*nasib baik baju da iron, but plan nak pakai shawl terpaksa dibatalkan. Tak sempat ar nak lilit-lilit bagai..Hew..hew*
So moral of the story, jangan tido dalam kelaparan sebab bila lapa inilah akibatnya.. Muahahahahaha. Sila spare roti or nasi lemak or apa-apa je la in case kalau-kalau lapa. Sebab bila lapar, potensi untuk anda bermimpi makanan yang enak-enak besar ye, dan ini sekaligus akan membuatkan anda terasa di syugga dan malas nak bangun!!!!
Sekian, terima kasih, Assalamualaikum..
This picture is taken last semester, Tak de kaitan dengan entry. SEKADAR HIASAN. |
No comments:
Post a Comment
Thanx peeps(: