etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Tuesday, 6 March 2012

Strategi Menaiki Bas.

Assalamualaikum peeps..

Sering ketinggalan bas atau tak boleh nak naik sebab bas telampau penuh tahap melekat di cermin?? bagi junior-junior yang terpaksa naik bas pergi kampus.Hari ni aku nak share tentang strategi menaiki bas yang aku selalu buat, walaupun bas penuh macam sardin Marina yang beriklim sejuk tu, kita still boleh masuk dan menjadi sebahagian daripada sardin. Disebabkan aku ni tak ada transport, maka aku dengan ketidakrelaan hati ni terpaksa naik bas yang disediakan pihak universiti. Oleh yang demikian sepanjang tempoh waktu itu, aku telah memikirkan beberapa strategi yang boleh dikongsikan di sini. Baiklah tanpa membuang masa lagi jom kita tengok strategi-strategi yang telah aku listkan sepanjang berada dalam bas tadi.

Yang pertama, korang kena pandai aim tempat bas tu berenti. Step ini penting ye kawan-kawan supaya korang boleh rasa nikmatnya menjadi orang first yang menaki bas tersebut. Dan secara tak langsung kita dengan rasminya telah selamat daripada menjadi mangsa ketinggalan bas.

Yang kedua, kalau rasa macam orang yang nak naik bas tu telampau ramai, korang di nasihatkan mencelah kesebelah tepi pintu bas, bukan depan tau. TEPI. Korang expect budak-budak laa ni nak bagi ke korang naik bas tu senang lenang, ikut barisan, memang tak la kan. So jalan yang paling mudah diri sebelah tepi bas. Then bila da rasa macam ada space, korang terus grab pemegang tu dan pijak tangga. InsyaAllah korang boleh masuk.

Yang ketiga, kalau bas tu ada dua pintu, haa ini susah sikit. Korang kena pandai estimate pintu mana yang orang paling sikit turun, then baru korang naik melalui pintu tu. Jangan pilih pintu yang paling ramai nanti orang duk masuk ikot pintu yang lagi satu korang jugak yang tak dapat masuk.

Yang keempat, sumbat selagi ada ruang. Yang ni in case kalau bas da penuh, korang asak jugak sampai korang masuk. Ala kadang-kadang tu tak yah nak buat apa, orang tolong tolak badan korang naik bas. So kalau dah dapat masuk tu jangan lupa ucap terima kasih tau. Orang berbudi kita berbahasa ^_^

Sampai di sini dulu entry ni. Hopefully dapat membantu korang menangani situasi bas penuh ni. Thanx for reading this entry..Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...