etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Saturday, 3 March 2012

Sambungan Ada hikmah di sebalik kejadian....

Assalamualaikum u'alls...

Aku baru je lepas bersesak-sesakkan di dalam bas beberapa minit yang lepas. Lumrah la tu. Naik puplic transport la katekan. Habis dah kelas aku pada hari ini..^_^. Sebelum aku menjamu selera dengan nasi kukus dari kafe berdekatan dan kemudiannya merehatkan otak dengan menonton movie, aku decide nak sambung entry yang sebelom ni.

Gambar sekadar hiasan.



Ok, menyambung topik yang aku dah share tadi la kan. Situasi seterusnya...

Kedua : Bila Lecturer Kita Bagi Banyak Sangat Tugasan Padahal Lecturer Orang Lain Sikit je.


Macam yang korang semua tahu la kan, hidup kat universiti ni, kita bebas pilih sape lecturer kita dan waktu kelas kita. singkatkan, kita bebas merancang time table kita. Bagi mereka yang masih bersekolah, tungguuu, masa anda akan sampai. Oleh yang demikian, untuk subjek universiti(semua orang wajib ambik, kalau tak, tak boleh graduate) ini, aku telah memilih seorang lecturer yang sangat-sangat berkaliber. Beliau dengan jayanya telah memberi kira-kira 4 tugasan kepada kami.Ye... bunyi macam siket kan. tapi tahukah anda tugasan yang diberikan tersangat amatla beratnya. Kami bebas mencari ahli kumpulan sendiri. Dan kami dikehendaki menyiapkan assingment tersebut dan submit pada tarikh yang ditetapkan. >TITIK! setakat ni dah 3 orang kawan aku tukar kelas lain. nampak tak permainan diorang.

Macam mana aku atasi masalah ini? sekali lagi aku mengambil pendekatan dengan berfikiran OPTIMISTIK iaitu berfikiran terbuka. Bahasa agak skema sebab terpengaruh dengan lecturer tu la. Ape yang aku pikirkan, suatu hari nanti pengalaman daripada tugasan ini akan aku gunakan untuk keperluan aku akan datang. Contohnya merancang lawatan penyelidikan. mungkin nanti aku kene buat benda yang sama dan masa tu aku dah adala pengalamannya. Dan mungkin ini yang Allah telah tetapkan untuk aku. Maka adalah hikmah disebalik kejadian ini.Jadi, aku pun bagi tahu kat kawan-kawan aku tak yah nak tukar kelas. apa yang kita buat ni ilmu. InsyaAllah boleh dapat A kannn.....

Yang penghabisan : Bila 'Kawan Lelaki' Dirampas Orang Lain.


Ok actually ini bukan masalah aku la kann... But its a part of my peeps problem la kan, so secara tak langsung ia menjadi masalah sampingan aku la. That's why la aku letak yang penghabisan. Ini masalahnya kalau bercampur gaul dengan study dan kehidupan sosial. Kan dah jadi Rojak Buah dah. Dan ia akan sekaligus melibatkn orang-orang berhampirang eh tersasul cakap terengganu plak:D dengan beliau. Tambah-tambah plak yang mengambil tu kawan aku jugak. eh aku tak sure la dia ambik ke tak. Maka berlakula perselisihan faham antara kawan A dan kawan B. Dan aku berada ditengah-tengah. Boleh bayangkan tak kesulitan yang aku alami. Memang la, kita tak duduk dalam kasut mereka tu idiom orang putih setelah ditranslate jadi aku pun tak tahu la seberat mana permasalahannya kan.. tapi aku ada la beberapa Madah Berhelah yang na dikongsikan.

Macam mana korang nak ambik benda ni dalam bentuk +ve?
Pertama sekali muhasabah diri la kot. Fikir balik mungkin ada silap berpunca daripada diri korang sendiri. Seterusnya, yang dah berlalu biarkan berlalu, buat apalah nak bergaduh ye tak. hidup kat dunia ni tak lama pun. Sekejap je. Lagi pun belum tentu dia tu suami kita. Mungkin Allah telah menyediakan lelaki yang lebih baik untuk Kita. Bersabar dan tunggu. Dan mungkin Jodoh dia dengan orang yang baru tu walaupun dengan kawan kita sendiri.


Kesimpulannya, setiap permasalahan yang kita alami tu ada hikmah yang telah Allah s.w.t sediakan untuk kita. Muhasabah diri tu penting sebab kita akan tau di mana silap kita. 


terima kasih sebab baca..............

No comments:

Post a Comment

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...