etwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->

Pemilik Mutlak Blog Ini

My photo
First of all welcome to all readers.Maaf sekiranya anda tidak begitu selesa dengan bahasa yang digunakan. mostly bahasa rojak.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.kalau ada kebaikan,ianya datang dari ALLAH.. kalau ada kekurangan ianya datang dari saya sendiri... -microbiology student

i'm waiting for someone that will bring me a lot of happiness instead of sadness

Sunday, 4 March 2012

Kenapa Kereta Mewah Dijadikan Teksi Instead of Kereta Biasa.?

Assalamualaikum peeps <3...

Selamat pagi semua, masih pagi ye, belum tengah hari lagi ni. =..=". Hari ni aku ada story nak diceritakan. Yeay!!! Ok stop jadi kanak-kanak ribena. Eh cakap pasal ribena, baru ingat ribena aku da nak habis.

Kalau malas bancuh, sedia ada pun boleh...


Apa kau merepek ni Senah?! Ok2 sabar sat.  Haa berbalik kepada tajuk yang telah aku state kat atas ni la kan, Kenapa Kereta Mewah Dijadikan Teksi Instead of Kereta Biasa.? Actually masa aku nak berjalan ke bus stop untuk menaiki bas... Ye sebagaimana yang korang tahu, aku ni kan pengguna public transport tegar..Aku dan kawan aku(nama dan identiti beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu) terserempak la dengan sebuah teksi ni. Aku tak sure la model apa tapi yang pasti jenama Nissan la. Perghhh... Nissan tu. Berkilat-kilat. Silau mata memandang. Aku pun terus mengambil gambar teksi tersebut menggunakan handphone kawan aku tu disebabkan fon canggih aku tidak lagi berupaya untuk mengambil gambar=..="

Ni la teksi tu..

Aku ni tak la mahir or expert sangat pasal kereta ni kan. Yang aku tau kereta ni mahal la kot. Ahh tak kisah la mahal ke tak yang pasti kereta tu patut ke jadi teksi? Apa rasionalnya kereta import tu jadi teksi? Maka aku pun telah berfikir dengan lebih mendalam. Apa rasional kereta mewah berstatus import ni, menjadi teksi?

Setakat ni aku dapat listkan 4 sebab atau rasionalnya kereta mewah dijadikan teksi.

Pertama--> Disebabkan negara kita sekarang ramai sangat pelancong luar negara makanya disediakan teksi daripada jenama keluaran negara mereka sendiri. Apa rasionalnya? Baiklah.. bila mereka semua menaiki public cab yang berjenama keluaran negeri mereka, mungkin mereka akan lebih selesa seperti berada di negara sendiri. Ini bukan bermakna kereta keluaran negara kita tidak selesa, selesa sangat. Tapi ingat ye, keselesaan pelancong menjadi keutamaan. Then barulah mereka akan datang lagi next time.

Kedua-->  Dengan menggunakan kereta mewah sebagai teksi, negara kita akan dianggap sebagai sebuah negara yang kaya. Yela, cuba bayangkan kalau mercedes mata belalang di jadikan teksi, tak ke kaya tu. Dengan itu foreigner yang berada di Malaysia akan lebih yakin dengan status kewangan negara kita yang stabil. Tapi muncul plak masalah lain pada golongan macam aku ni. Rasa was-was plak bila nak naik tu. Mana tak nya, buatnya dikenakan charge serupa dengan harga tiket flight, kan ke naya. Dah la loan tak masuk lagi.=..="

Ketiga-->  Gunalah barangan buatan Malaysia. Kenapa aku buat statement macam ni? Kita duduk kat Malaysia kan, so apa kata kita guna kereta jenama sendiri. Contohnya jenama Proton ke, Perodua ke. Tak hebat ke guna local brand ni? Jimat pun jimat kan. Kalau nak dibandingkan dengan kereta import ni. Tak rugi pun kita pakai barangan buatan sendiri. Biar teksi je jenama luar... Kelaaaassss gitu....^_^


Gambar ikhsan Google

Keempat--> Rasional yang keempat ni agak merepek lagi melalut siket. Kenapa jadikan kereta mewah sebagai teksi. Mungkin owner teksi tu nak cari duit lebih then dia daftarkan kereta dia sebagai teksi. Or.. Owner teksi tu masuk pertandingan teksi Terlawa ke Tercanggih ke kan..... Sape yang tahu.....

Apa-apa pun, kat atas ni rasional aku je, mungkin korang ade point lain yang lebih hebat dari aku. Kannnn..... Makanya share la kalau rasa nak share. Thanks for reading this entry..... Kat bawah ni ada pic yang sempat aku curi dari Pakcik Google.....

bila Mitsubishi Lancer Evo dijadikan teksi....Gempak seyh!

Assalamualaikum..........

No comments:

Post a Comment

Thanx peeps(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...