Hari ni aku rasa seronok sangat sebab selepas dua kali percubaan untuk menderma darah aku gagal, tapi hari ni sekali lagi Allah bagi peluang pada aku untuk mendermakan 300ml darah aku pada mereka yang memerlukan.(^____^) <--*mood bahagia menerpa diri*
Mesti korang macam tertanya-tanya kan, kenapa dah dua kali percubaan nak derma darah aku gagal. Meh sini chek nak habaq mai. Dua tahun lepas (2010) ada gak try nak derma. Masa tu aku kat matrik. Dah excited abis dah ni. Daftar semua. Tiba kat part check darah, officer tu kata "Adik tak boleh derma hari ni." Aku yang tengah blur-blur ni pun tanya. "Kenapa pulak cik." Dia pun senyum,*hensem la jugak* "Haemoglobin awak tak cukup ni. Rendah. Terima kasih sebab mencuba." Sumpah time tu sedeh gila sebab before ni aku dah pernah derma dah.(tahun 2009). Bila aku balik aku cerite kat kawan aku, dia tanya aku ada makan kobis tak. Baru la aku tahu sebab apa aku tak boleh derma.
Second time fail masa tahun lepas (2011). Masa ni aku dah masuk U dah pun. Kali ni pun aku tak berapa sure yang aku boleh derma ke tak sebab time tu aku tengah diet.Muahahahah. Dah tak makan nasi 2 minggu. Seperti yang dijangka, sampai je kat tempat cek darah, sekali lagi aku kena reject. Sebab apa? Sebab tak cukup iron pulak. **Rasa macam nak je iron kat bilik tu.** =..="
So hari ni sekali lagi aku menerai untuk menderma darah. Betul lah kata orang, kalau dah derma sekali, rasa nak derma lagi. Apa salahnya kann. Benda baik ^_____^.<---Senyum lebar sebab dah tak kena reject lagi.
Kali ni aku pergi dengan 2 orang kawan aku merangkap jiran bilik dan coursemate aku *juga merangkap photographer tak berbayar hari ni.(sebab sorang tu hanya mampu melihat je, tak mampu nak derma.)*
Jadi kami pun dengan senang hati mendaftar dan menjalani procedure sebelum menderma. Dan akhirnya kami ditempatkan di katil yang bersebelahan.
Masih boleh ber'sms' walaupun tengah kebas mengepam darah keluar..ngee~ |
Disebabkan aku dan kawan aku ni dah pernah menderma, so macam tak rasa apa-apa la sangat kann.*orang berpengalaman la kata kan* Cheittt!!! kau belagak ye NASHA ALLYSHA!!!
Ehh bukan belagak laa. Ala ada nampak macam belagak ke nyahh!! Sorry la ye, tak sengaja pulak..hehehe Jom tengok beberapa gambar yang di'snap' oleh photographer tak berbayar kitorang.
Nurse hensem sedang melakukan sesi memasukkan jarum ke tangan Wani. Aku lepas dah^_^ |
Amboi wani....Dan dan tangan sejuk kan..Cheitt!!! |
Berselirat tiub-tiub darah. Siap letak dua beg extra bawah lengan tu. Dia expect aku nak derma sekilo kot... |
Ternyata salur darah wani lagi besar dari aku. tengok la dia siap awal sedangkan aku yang kena dulu..=..=" *muka bahagia gila* |
Selepas je derma,aku ingat ok lah. Ingatkan tak ada la pening-pening ke apa ke. Rupa-rupanya sejarah berulang lagi..Pening-pening, sakit perut, badan rasa berpeluh, rasa nak buang air besar pun ada.Fuhh teruk betul aku ni. Maka sepantas kilat nurse-nurse yang baik ati meninggikan bahagian katil aku sebab tengok muka aku dah kuning dan pucat macam ayam tercekik cacing<---peribahasa sendiri.
Rehat lah kejap aku kat atas katil tu, lebih kurang berapa minit ntah, ada orang datang tanya aku ok ke tak. aku pun dengan yakin menganggukan kepala. Aku pun berjalan ke meja yang di sediakan khas untuk mereka yang sudah menderma. Duduk punya duduk, sekali lagi aku rasa berpeluh-peluh. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Hew..Hew...<--ketawa sedeh. Aku pitam lagi.!!! Aigooo...
Yang sebelah kiri tu tangan aku. pale gila kan.. |
Selepas beberapa minit aku berehat, baru lah aku rasa aku ok sikit. Dan aku pun bangun dengan sepenuh tenaga. Sampai bila nak duduk kat dewan tu kan. Orang lain dah boleh pergi kenduri bagai, aku pulak dok lepak kat situ. Maka dapatlah aku sekeping sijil dan merit*aku dah hilangkan*
Hee dh ada dua sijil ni. |
Secara keseluruhannya, sesiapa yang belum berkesempatan nak derma darah tu, cuba-cubalah ye. Tak rugi pun. Pada aku, mungkin satu masa nanti kita atau ahli keluarga kita memerlukan darah yang kita derma hari ni. Jadi, kalau rasa diri tu mampu, sila-silakanlah. Sesungguhnya mereka di luar sana memerlukan bantuan anda. Thanks for reading this entry. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Thanx peeps(: